Sunday 1 April 2012


MINGGU 10

Membina Video dan Audio Untuk Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu

PENGENALAN
Pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer merupakan satu P&P yang menerapkan pendedahan awal penggunaan komputer kepada murid-murid. Pendedahan ini sangat membantu P&P Bahasa Melayu yang dahulunya lebih kepada cara tradisional. Pengajaran Bahasa Melayu berbantukan komputer dapat menarik minat murid terutamanya dalam pengajaran Kemahiran Bahasa.
Menentukan peringkat pengajaran dan kemahiran bahasa.
Sebelum membina bahan video dan audio dalam pengajaran kemahiran bahasa Melayu, terdapat beberapa perancangan yang harus dilakukan. Perancangan tersebut ialah berkaitan dengan
(i) Penentuan peringkat pengajaran
(ii) Kemahiran bahasa
(iii) Penentuan peringkat pengajaran

Peringkat pengajaran bermaksud penentuan peringkat atau waktu pengajaran bagi menggunakan bahan audio dan video tersebut. Hal ini membantu guru dalam waktu yang sesuai penggunaan bahan video dan audio.
Peringkat pengajaran boleh dikategorikan kepada tiga peringkat iaitu:


Sekiranya penentuan peringkat pengajaran tidak dilakukan hal ini akan menyukarkan guru dalam menentukan bahan video dan audio untuk kegunaan di dalam kelas.

(i) Kemahiran Berbahasa
Seperti yang diketahui, kemahiran berbahasa mengandungi empat kemahiran dibawahnya iaiatu kemahiran mendengar bertutur, membaca dan menulis. Pembinaan bahan video dan audio untuk pengajaran Bahasa Melayu perlu mengambilkira kemhiran berbahasa ini sebelum membina bahan video dan audio. Hal ini kerana sekiranya P&P pada hari itu memfokuskan kepada sesuatu kemahiran bahasa contohnya kemahiran membaca, guru tidak boleh menggunakan bahan audio sebgai bahan bantĂș mengajar pada hari itu kerana ianya tidak relevan.

Menentukan prinsip pembinaan bahan video dan audio.
Pendedahan kepada garis panduan dan prinsip-prinsip penghasilan sesetengah jenis media dan multimedia. Terdapat lima elemen atau teknologi utama di dalam multimedia iaitu teks, grafik, audio, vido dan animasi. Selain itu interaktiviti juga diperlukan bagi melengkapkan proses komunikasi menerusi penggunaan multimedia.
Prinsip pembinaan bahan video dan audio:



Penggunaan elemen teks
Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks ini penting dalam menyampaikan P&P.
Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat.
Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian.
Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai
Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan.
Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain.
Penggunaan elemen grafik dan visual
Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya.
Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.
Sebagai contoh sekiranya maklumat padat telah dimasukkan dalam bentuk grafik, ia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan Tambahan pula, ia boleh memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.

Penggunaan elemen audio
Audio atau bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.
Penggunaan audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Seringkali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan

Penggunaan elemen teks
Dalam menghasilkan bahan audio dan video, teks adalah elemen utama dalam proses penyampaian maklumat. Sekiranya teks kurang jelas elemen-elemen media lain akan gagal menyampaikan makna yang dikehendaki. Hal ini bermakna teks ini penting dalam menyampaikan P&P.
Pastikan teks yang digunakan ringkas tetapi padat.
Gunakan typeface dan fon yang bersesuaian.
Pastikan teks boleh dibaca dari jarak yang sesuai
Pemilihan jenis tulisan dan warna teks bersesuaian dengan kumpulan sasaran (murid) dan suasana persembahan.
Pastikan fon yang digunakan sedia ada pada sistem komputer lain.
Penggunaan elemen grafik dan visual
Grafik merujuk kepada pelbagai persembahan imej atau paparan visual tidak bergerak seperti gambar, lukisan, lakaran, gambar foto, ilustrasi dan sebagainya.
Grafik merupakan elemen multimedia yang penting bagi memberi penekanan dalam suatu proses penyampaian maklumat.
Sebagai contoh sekiranya maklumat padat telah dimasukkan dalam bentuk grafik, ia mampu menyampaikan sesuatu maklumat dengan cepat, tepat, menarik dan berkesan Tambahan pula, ia boleh memfokuskan perhatian pengguna terhadap maklumat yang ingin disampaikan.

Penggunaan elemen audio
Audio atau bunyi-bunyian, teknologi yang membolehkan sistem komputer mengeluarkan muzik, suara latar, kesan bunyi dan juga bunyian sebenar. Berfungsi untuk membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan melalui penggunaan suara latar atau kesan audio istimewa.
Penggunaan audio dalam membina bahan P&P bahasa Melayu boleh digunakan bagi membantu proses penyampaian persembahan agar ianya lebih mantap dan berkesan. Seringkali bahan audio dan video ini digunakan untuk pengajaran kemahiran Bahasa Melayu. Hal ini supaya dapat meningkatkan motivasi dan menimbulkan suasana yang menarik dan menghasilkan tumpuan terhadap apa yang ingin dipersembahkan.

Panduan meggunakan elemen video
Video merupakan antara elemen multimedia yang dikatakan paling dinamik dan realistik berbanding elemen-elemen multimedia lain. Video berupaya mempengaruhi motivasi seseorang terhadap proses penerimaan maklumat dan juga mempengaruhi perasaan dan emosi para pengguna dengan lebih nyata.

Panduan menggunakan elemen animasi
Animasi merujuk kepada suatu proses menjadikan sesuatu objek agar kelihatan hidup atau memberi gambaran bergerak kepada sesuatu yang pada dasarnya bersifat statik. Hal ini utntuk memberi kesan yang baik terhadap objek supaya kelihatan lebih memberi kesan kepada pengajaran Perkataan atau imej-imej statik untuk diisampaikan dengan lebih mudah dan berkesan. Penggunaan animasi ini boleh menceriakan proses penyampaian, disamping mampu memberi penegasan kepada sesuatu penyampaian bagi membolehkan perhatian penonton difokuskan kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.
Animasi mampu menyampaikan sesuatu konsep yang kompleks secara visual dan juga dinamik bagi membolehkan proses membuat hubungan atau perkaitan mengenai sesuatu konsep atau proses yang kompleks lebih mudah untuk dipindahkan ke dalam minda pelajar dan seterusnya membantu dalam proses pemahaman mereka. Tambahan pula, animasi boleh digunakan bagi menyediakan persekitaran pembelajaran secara maya untuk menangani keadaan di mana persekitaran yang sebenarnya sukar atau tidak boleh disediakan, membahayakan ataupun kemungkinan melibatkan kos yang tinggi.

Membina Bahan Video Dan Audio
Terdapat pelbagai perisian yang boleh digunakan untuk memebina bahan audio dan video. Antaranya ialah:

(i) Membina bahan video

Membina bahan audio
Audio dibina menggunakan easy MP3 sound recorder.
Bahan audio ini hanya memerlukan rakaman dan direkod melalaui perisian yang dipilih. Hasil rekod tersebut disimpan dan dinamakan sebagai bahan audio untuk memudahkan pencarian bahan dilakukan nanti.

perkongsian bersamahttp://bmm3105wanie.blogspot.com/2011/04/minggu-10-membina-bahan-video-dan-audio.html o_O

MINGGU 9

Mengedit Bahan Pengajaran Bahasa Melayu Secara Atas Talian menjadi Brosur, News Letter dan Kad Pengumuman.












contoh :








<<< Publish brochure anda>>

MINGGU 8

Pengajaran Bahasa Melayu Secara Atas Talian dan Luar Talian



PENGAJARAN DALAN TALIAN
Pengajaran secara atas talian merupakan pengajaran yang diajar yang menggunakan kemudahan internet iaitu berhubung dengan internet. Pengajaran ini dilakukan secara langsung menggunakan bahan-bahan yang terdapat dalam internet


PENGAJARAN LUAR TALIAN
Pengajaran luar talian didefinisikan sebagai pengajaran yang menggunakan bahan dari internet tetapi tidak digunakan secara langsung ketika ianya dibuka. Bahan ini didapati secara dimuat turun. Kebiasaannya, kaedah ini digunakan selepas terdapatnya kekangan untuk menyambung talian ke komputer pengguna.

KELEBIHAN PENGAJARAN SECARA ATAS TALIAN


MELAKSANAKAN SIMULASI PENGAJARAN LUAR TALIAN
Buka enjin pencarian anda untuk mencari tapak pembelajaran atau laman web yang sesuai.

Taip nama Permainan Bahasa di kotak enjin pencarian.
Klik pada laman web dibawah.

Muka hadapan laman web. Klik pada Teka Sinonim.
Klik pada ikon *SAVE* dan klik *OK*.

MELAKSANAKAN SIMULASI PENGAJARAN ATAS TALIAN



MINGGU 7


Mengaplikasikan Model Pemprosesan Maklumat dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu



MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT
  1. Model Pemprosesan Maklumat ('The Information Processing Model') bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak.
  2. Kita ketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih komplek berbanding dengan komputer.

CARA MANUSIA BERFIKIR


PROSES UTAMA YANG TERLIBAT DALAM PEMPROSESAN MAKLUMAT








INGATAN JANGKA PENDEK ( SHORT TERM MEMORY )
  1. Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' ('Working Memory'). Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang.
  2. Contoh: kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa.
  3. Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan ('Maintenance Rehearsal'). Jika kamu tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat.

INGATAN JANGKA PANJANG ( LONG TERM MEMORY )

  1. Ingatan Jangka Panjang masih menjadi tumpuan kebanyakkan kajian menyiasat cara maklumat dienkod, disimpan, diingat kembali dan lupa.
  2. Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang.
  3. Ini jelas sekali apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama sekolah. Ini bermakna maklumat tidak hilang tetapi sukar diingat kembali.


MENGAPLIKASIKAN MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT DALAM SIMULASI PENGAJARAN DENGAN MENGGUNAKAN TAPAK PEMBELAJARAN

Contoh Tapak Pembelajaran


LANGKAH PENGGUNAAN TAPAK PEMBELAJARAN
  1. Membuka laman web yang diingini iaitu laman web tutor. Laman ini sering digunakan guru bagi sesi P&P.


Anda dikehendaki menekan atau klik pada kotak bertulis Bank Soalan dimana telah berpautan dengan soalan-soalan yang telah dikumpulkan. Soalan-soalan yang merangkumi soalan-soalan bagi tahap sekolah menengah dan sekolah rendah. Bagi sekolah rendah harus memilih soalan bagi sekolah rendah.
Contohnya

Pada langkah ketiga, setelah memilih tahap soalan, anda seterusnya memilih mata pelajaran yang diingini. Sebagai contoh mata pelajaran Bahasa Melayu.
Setelah itu, anda boleh memilih kertas model yang dingini. Bagi setiap kertas model yang disediakan mengandungi dua jenis soalan iaitu kertas 1 bagi soalan pemahaman dan tatabahasa. Manakala kertas dua pula mengenai esei. Sebagai contoh :

Soalan akan berbentuk PDF format

MINGGU 6

Membina dan Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.

  • Struktur Hierarki
  • Struktur Komposit
  • Struktur Linear
  • Struktur Rangkaian

PENGENALAN
  1. Struktur perpautan lebih dikenali sebagai“hyperlink”. Struktur perpautan ini sering digunakan dalam “powerpoint”, portal, blog dan tapak pembelajaran. Namun kita sering menghasilkan struktur perpautan dalam bentuk powerpoint. Hal ini kerana pengendalian struktur perpautan di dalam powerpoint lebih mudah berbanding dalam bentuk yang lain.
  2. Struktur perpautan juga dikenali sebagai hyperteks. Hyperteks merupakan interaksi spontan yang membolehkan perhubungan antara laman-laman web. Penghubung hyperteks ini selalunya berbeza dari segi fon.
  3. Penghubung hyperteks ini juga mengandungi satu lamat yang dikenali untuk disambungkan kepada alamat tersebut.

STRUKTUR HIERARKI
  1. Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama.
  2. Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik.


Pautan Struktur Hierarki

STRUKTUR KOMPOSIT
  1. Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain.
  2. Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.

Pautan Struktur Komposit

STRUKTUR LINEAR
  1. Sistem penerokaan yang hanya membenarkan pengguna meneroka sesebuah perisian secara linear iaitu sama ada ke hadapan atau ke belakang sahaja.
  2. Perisian yang menggunakan struktur linear sebagai sistem penerokaan agak membosankan
  3. Tidak menyediakan peluang untuk berinteraksi dengan lebih luas.
  4. Namun struktur ini digunakan dalam keadaan tertentu seperti penyediaan latihan ataupun semasa menyampaikan sesuatu maklumat.
  5. Bahan 1, bahan 2 dan bahan 3 diakses secara berasingan dan tidak mempunyai sebarang pautan.
  6. Murid memulakan pencarian di laman 1, kemudian mencari maklumat di laman 2 dan akhirnya di laman 3. Murid mesti mengikut urutan laman yang telah disediakan


Pautan Struktur Linear

STRUKTUR RANGKAIAN
  1. Menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama.
  2. Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel

Pautan Struktur Rangkaian

MINGGU 5

Membina dan Menggunakan Tapak, Laman Web Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pakej Tutorial Pembelajaran dalam Pengajaran dan Pembelajaran bahasa Melayu

Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
Dalam langkah perancangan, anda boleh mengambarkan laman Web anda secara kasar dengan carta alir. Carta alir ini harus mengandungi:
 subjek utama
 subtopik bagi subjek utama
 subtopik bagi setiap subtopik subjek utama (jika ada)
 pautan ke halaman yang berkaitan
 imej grafik yang diperlukan
CONTOH LAMAN WEB YANG BOLEH DIGUNAKAN
 kerohanian/keagamaan
 komik/hiburan/filem
 politik
 pelancongan
 pertanian
 komputer dan Internet
 sekolah/persatuan/ kelab
 muzik tanahair
 hobi
 pendidikan
 pengetahuan am
 resepi dan masakan
 pertubuhan/organisasi/ syarikat/perniagaan
 sukan

REKA BENTUK / PAPARAN SKRIN
 Pembangun perlu bijak menggunakan elemen-elemen yang sesuai untuk memberitahu pengguna bagaimana paparan tersebut berfungsi.
 Rekabentuk paparan skrin yang baik harus mudah, bersih dan menarik.
GRAFIK
Susun atur paparan skrin:
 (i) Seimbang : kedudukan teks
 (ii) Kemas : susun letak paparan skrin dalam keadaan kemas, bersih
 (iii) Konsisten: teks dan grafik perlu pada setiap paparan.
KEPERLUAN PERISIAN GRAFIK
 Perisian grafik profesional
Contoh: Adobe PhotoShop, Corel Photo Paint, Paint Shop Pro
 Perisian grafik biasa
Contoh : Paint Brush Windows, Ulead Photo Impact, Gif Construction Set, Ulead Gif Animator, Xara 3D, Xara Webstyle, Ulead Cool 3D
 Perisian grafik jenis lukisan vektor
Contoh : Adobe Illustrator, Corel Draw, Macromedia Freehand, Xara Webster
KERTAS DINDING ( LATAR BELAKANG )
 Warna yang sesuai supaya tidak menjadi masalah untuk memilih warna font - cerah/bersih/kemas
 Kesesuaian grafik dengan isi kandungan
 Pemilihan sesuatu kertas dinding hendaklah disesuaikan dengan warna tulisan dan objek-objek di dalam laman Web.
 Jangan memilih kertas dinding yang mempunyai warna yang tidak seragam iaitu mempunyai ton warna cerah ke gelap untuk mengelakkan kesukaran membaca sesuatu teks.
PAUTAN HYPERTEKS
 Terdiri daripada cebisan teks atau maklumat dalam bentuk grafik atau video. Maklumat ini disambung antara satu sama lain melalui pautan dengan warna atau tulisan bergaris dan hasilnya ialah pengaliran maklumat yang tidak linear ataupun tidak mengikut urutan.

CARA-CARA
1 ) Memilih beberapa laman web yang sesuai bagi membina tapak pembelajaran.
2 ) Kemudian klik [ sign up ] jika anda belum menjadi ahli tripod. Klik [ login ] sekiranya anda sudah menjadi ahli tripod
3 ) Pilih [ sign up ] di ruangan free. Seandainya anda memilih di ruangan berbayar, anda akan dikenakan bayaran untuk membuat laman web ini.

4 ) Isi segala maklumat yang di minta di ruangan di bawah..



5 ) Setelah memperolehi tapak laman, anda perlukan tutorial HTML bagi membuat laman/homepage dengan menggunakan tag HTML. Penguasaan kadeah HTML akan memberikan lebih daya kreativiti pada laman anda. Terdapat banyak tutorial di dalam internet,anda boleh memilih mana-mana tutorial yang anda kehendaki.




6 ) Kemudian anda perlukan pengesahan untuk ke laman web anda. Anda perlu membuka email anda, bagi mengaktifkan laman web yang baru dicipta tadi..

7 ) Anda boleh mengubah apa sahaja pada laman web anda. Ikut kreativiti diri sendiri..



8 ) Akhir sekali, anda boleh melihat paparan laman web anda..Taraaaa ^_^